Assalamualaikum.
Budak dua orang ni kan kalau pau Daddy mainan memang nombor satu! Selalu sangat dah macam ni. Daddy pula jenis yang susah sangat nak kata tak boleh. Anak merayu rayu sikit kat dia minta dibelikan mainan, mulalah suami aku ni cair bagai. Itu yang budak dua orang ni manja sangat kat Daddy sebab apa diorang nak pasti Daddy tunaikan.
Kalau minta kat Mummy memang tak mungkin dan jangan haraplah dapat. Anak merayu macam mana pun aku tetap keraskan hati dan tak nak cair cairkan hati macam Daddy..hahahaaha.
Tapi aku ni takdelah keras hati sangat sebenarnya. Kalau hari tu terpaksa memang terpaksalah juga aku belikan. Contohnya anak tak sihat tetiba teringin nak ini nak itu alahai memang tak sampai hati kalau tak tunaikan. Teringin teringin juga tapi kena tengok harga juga anak oii..kalau teringin mainan beratus ringgit memang tak kuasalah Mummy nak layan. Kalau nak juga mintalah kat Daddy. Daddy kan banyakkk duit..huhuhu.
Bila dah dapat apa yang dua beradik ni nak. Berhari hari jadi anak yang baik.
Langsung takde pergaduhan dan berebut mainan bagai.
Main pun sama sama. Rumah memang berkeadaan aman damailah masa tu.
Aku sebenarnya suka juga beli mainan untuk anak anak. Tapi aku paling suka beli permainan yang berunsurkan pembelajaran atau permainan yang menguji minda dan kebijaksanaan anak anak aku. Lagi lagi kalau mainan tu sesuai untuk pembelajaran anak anak aku kat rumah. Memang laju je aku beli. Anak tak minta pun aku tetap beria ia nak beli..hahahaa.
Setakat ini Alhamdulillah.. anak anak tak pernah lagilah mengamuk kat tempat awam, menangis berguling guling bagai semata mata nak mainan sekaligus memalukan aku dan suami. Kalau anak anak berperangai seperti itu memang kenalah dengan Mummy harimau ni. Jam jam tu juga aku pulas telinga masing masing..haaaa kalau berani cubalah..heh!