Assalamualaikum dan Salam Sabtu Semua.
Seperti yang telah aku janjikan pada kalian semua entri basi akan di update dalam blog ini satu persatu. Kerajinan aku nak update blog tetiba datang tanpa di undang..chewaaa..hehehehe. Bila dah mula rajin tu semua entri yang dah lama terkubur dalam draf berbulan bulan lamanya haruslah disiapkan dengan segera sebelum kemalasan aku datang..huhuhu!! Aku sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa untuk cerita cerita basi aku ni. Letak tajuk entri basi sudah. Apa yang penting aku bahagia update blog..hehe!
Entri ini terlampau banyak gambar. Aku harap korang semua enjoy dan terus membaca sampai habis. Terima kasih :)
Entri ini terlampau banyak gambar. Aku harap korang semua enjoy dan terus membaca sampai habis. Terima kasih :)
Hari jadi Rayyan Ashraff kami buat kat Sabah tahun lepas. Kebetulan pula hari jadi anak bongsu aku ni time raya. Seperti biasa adik beradik aku akan atur semuanya. Untung ada adik beradik ramai ni. Aku tak perlu susah susah fikir pun pasal majlis hari jadi anak aku. Sebab semuanya adik beradik aku dah settlekan sebelum aku balik beraya kat kampung hari tu. Alhamdulillah majlis berjalan seperti yang dirancang. Anak anak pun memberi kerjasama dengan baik sepanjang majlis berlangsung.
Rayyan Ashraff dengan Daddy paling kacak :)
Rayyan Ashraff dengan Mummy paling cantik :p
Sihatnya badan aku masa ni. Gemuk gemuk tapi comel okay..tehehehe ;p
Si birthday boy paling bijak ni..
Tiga beradik hensemboy!
Abang Daniael Mieqael
Abang Dannish Riffqie
Adik Rayyan Ashraff
Mummy banyak kali pakaikan dia topi ni tapi balik balik dia buka.
Tapi Mummy paksa juga pakai hahaha..
Haaaaaa kan comel pakai macam tu sayang..
Entah berapa lama boleh bertahan ni..
Ehh ehh masih pakailah..Goodboy!
Laju laju Mummy ambil gambar ni..hehehe
Tak sampai seminit dah buka balik..hmmmm cium baru tau!
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh si ayah tersayang.
Semoga Allah terus panjangkan usia ayah dan sentiasa sihat sepanjang masa..aminn.
Paling kiri tu Abang ipar. Suami kepada kakak sulung.
Yang cantik yang manis yang comel duduk kat tengah tengah tu
ibu kesayangan Mummy sepanjang hayat.
Masing masing kusyukk berdoa.
Anak anak buah kesayangan yang tak sabar sabar nak makan..hehehe.
Alaaaaa comelnya orang tuaku. Sayang inah! (ibu).. Sayang Amak! (ayah)
Adik bongsu dan anak bongsu.
Kek tempahan khas dari Kedai Roti Shop dekat dengan rumah aku. Adik beradik aku memang suka tempah kek kat situ sebab dekat dengan rumah, harga murah dan rasa dia pun sedapppp!
Ehem Mummy dan kek minion..hehe
Masa untuk semua orang nyanyi lagu birthday ramai ramai.
Bila muzik dipasang dan semua nyanyi lagu birthday untuk dia, Rayyan Ashraff tersipu sipu malu gitu. Suka dan seronok betul dia bila semua orang menyanyi sambil tepuk tepuk tangan untuk dia.
"Okay sayang jom tiup lilin.."
"Kejap Mummy nak wish dulu!" Amboi amboi.. mata sampai terpejam pejam buat hajat..hehehe
"Okay dah Mummy..Adik wish semoga family kita sentiasa kekal bahagia sepanjang hayat..
adik sayang Mummy!" (Harap harap itulah hajat dia..hehe)
"Adik sayang Daddy.."
"Daddy sayang adik tak?"
Ofkozlah Daddy sayang awak sayang. Kata si Daddy yang suka hiburkan anak anak kesayangannya.
Saat yang ditunggu tunggu oleh kami semua iaitu acara tiup lilin. Aku paling berdebar nak tiup lilin sebenarnya sebab takut Rayyan Ashraff terpegang lilin ituuu..huhuhu.
Nak sangat tengok Rayyan Ashraff tiup lilin sendiri sebenarnya tapi faham faham jelah dia kan tak pandai lagi nak tiup bagai. So kamilah yang beria ia nak tiup lilin tuuuu..
Masing masing tak nak kalah tiup lilin..hahahaha.
"Alaaaaa nak tiup jugak!" Kata si birthday boy ni.
"Tak payahlah sayang. Jom potong kek pula.."
Yeayyyyy nak potong kek!
Dah habis acara nyanyi lagu birthday, tiup lilin dan potong kek.
Sekarang masa untuk Abang abang kesayangan kiss adik bongsu dan ucap happy Birthday baby Rayyan Ashraff..muah..muahh..muahh!
Panjangnya muncung Dannish Riffqie nak kiss adik dia..hahahaha
Bukan Dannish Riffqie je tapi Mummy Daddy pun terover buat muncung..hahahaha
Alahai comelnyaaa anak anak Mummy..
Kek ni nampak biasa je. Tapi bila dah potong wahh cantiknya warna warni gituuuu.
Rasa dia pun sangat sangat sedappp!.
Orang pertama wajib makan kek haruslah si birthday boy paling hensem ni heh!
"nyummm..nyummmm sedapnyaaaa Mummy.."
"Mummy..Nak lagi! Nak lagi!"
Alololoooo suami tercinta pun nak manja manja gituu.."oklah oklah Mummy suapkan ye sayang.."
Saat yang ditunggu tunggu. Semuanya tak sabar sabar nak main game!
Aku tak pasti apa nama game ni. Game ni setiap peserta wajib tangkap belon kuning tu dan pasing pasing kat orang sebelah sebelum muzik berhenti. Bila muzik berhenti dan orang tu masih pegang belon maka kalahlah dia. Best game ni buat semua orang ketawa sampai menangis nangis..hahaha.
Game ni Daniael Mieqael kalah dan terpaksa dikeluarkan.
Kesian tengok Daniael Mieqael masa ni menangis nangis nak menang. Tapi nak buat macam mana kalau dah kalah tu kenalah keluar dan terima hakikat sayangku.
"Takpe sayangku banyak game lagi. Tapi lepasni kena main betul betul tau dan mesti menang!" Kataku sambil memujuk hero kesayangan Mummy ni yang sedang berdukacita kerana kalah dalam game pusingan pertama.
"Okay Mummy! Abang janji menang!"
Huh bersemangat anak aku jawab..syabbas sayang!
Game pertama anak buah paling sulung yang menang, Adief namanya. Tahniah sayang!
Okay yang ni game seterusnya. Semua peserta dah mula ambil tempat masing masing. Daniael Mieqael dah ready berjuang habis habisan masa ni..hahaha. "Semoga berjaya sayang Mummy!"
Game rebut kerusi. Game ni senang je. Bila muzik dimainkan setiap peserta akan pusing pusing disebalik kerusi yang telah disusun kat tengah tengah tu. Selagi muzik tak berhenti selagi itulah budak budak comel ni pusing pusing sampai pening..hahaaha.
Bila muzik berhenti je peserta haruslah laju laju duduk kat kerusi. Siapa tak dapat duduk kat kerusi tu maka kalahlah dia. Game ni pun best aku suka rasa macam nak join je budak budak ni main..hehehe.
Daniael Mieqael sangat berhati hati dalam permainan ni. Betul betul fokus dengar muzik tu..hehehe.
Muzik tiba tiba berhenti. Semua berkeliaran dan masing masing berebut kerusi dan laju laju duduk.
Yeayyyyy Daniael Mieqael berjaya rebut kerusi ituuuuu..syabbas sayang! Aku sepanjang game ni berlangsung memang ketawa tak ingat dunia. Sampai terkeluar keluar air mata ketawa..hahahaha.
Daniael Mieqael berjaya masuk pusingan terakhir game rebut kerusi ini. Kali ini saingan Daniael Mieqael seorang gadis cantik, sharifah namanya. Sharifah adalah anak buah Mummy yang ketiga. Orangnya cantik dan tinggi.
Lama juga dua dua berpusing pusing nak rebut satu kerusi tu. Berdebar debar gila Mummy masa ni. Harap harap Daniael Mieqael menang. Kalau kalah ni confirm merajuk tak sudah.
Pusing punya pusing tiba tiba muzik berhenti. Apa lagi dengan lajunya Daniael Mieqael berlari sepantas kilat dan naik ke kerusi itu sambil ketawa ketawa bangga pada diri sendiri yang dialah pemenang game ituu. Aku dan suami terus bersorak menjerit bagai sampai hilang suara nak ketawa sebab terlampau gembira Daniael Mieqael berjaya tewaskan kazennya..hahahaha. syabbas sayang Mummy!
Yeayyyy dapat hadiah!
Haaaa waktu ni Daniael Mieqael memang puas hati sungguh bila menang. Sepanjang masa tersenyum gembira. Tahniah sayang Mummy!
Si birthday boy ni pantang dengar muzik. Pasang muzik je dia akan melompat lompat keriangan tanpa henti. Kesian aunty tadz sampai lenguh tangan layan awak menari nari sayang.
Game dah habis. Sekarang masa untuk santai santai sekeluarga dan ambil gambar ramai ramai.
Aku dan kakak kesayangan. Kakak nombor tiga. Aku paling rapat dengan dia. Kecil je orangnya tapi bijak bagi nasihat. Kak shikin dah ada 2 orang anak. Lelaki dan perempuan. Untung dapat sepasang. Jeles sangat tau.
Adik zieya dan adik tadz. Yang pakai baju merah tu dah jadi isteri orang. Yang baju hitam tu masih single dan masih belajar.
Adik ipar, Rayyan Ashraff dan aunty tadz.
Seronok Rayyan Ashraff dapat hadiah besar. Tersenyum malu malu kucing gitu..
Adik beradik Mummy. Kak shikin, Ayin, Rayyan Ashraff, Tadz dan Zieya.
Adik beradik Mummy yang sentiasa gojes!
Adik beradik, adik adik ipar dan anak anak buah.
Ambil gambar satu family ramai ramai. Terima kasih semua sudi memeriahkan majlis. Sayang kamu semua..muah muahh muahh!