Quantcast
Channel: supercutemummy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 257

Berlaku Adil Pada Anak Anak

$
0
0

Assalamualaikum.

Sekarang ni macam macam yang aku fikir. Terutama sekali pasal anak anak aku yang makin hari makin membesar dan masing masing punya perangai yang berbeza. Aku dan suami setiap kali berborak topik utama kami sudah pasti pasal anak anak. Ketiga tiga anak kami lahir rapat rapat dan sangat sangat manja dengan kami. Masing masing perlukan perhatian lebih dari kami. Apa yang merisaukan aku dan suami sekarang ni kami tak dapat berlaku adil sama rata dengan anak anak. 


Aku dan suami kalau boleh sedaya upaya berlaku adil pada semua anak anak kami. Tak nak pilih pilih kasih dan kalau boleh tak nak banding bandingkan siapa paling bijak pandai hensem comel. Sebab bagi aku anak anak aku semua sama bijak sama pandai sama hensem dan sama comel. Aku juga selalu ingatkan suami aku berfikiran sama seperti aku dan jangan sekali kali beza bezakan dan banding bandingkan antara mereka bertiga. 


Kalau nak sayang, wajib sayang ketiga tiga. Kalau nak manjakan anak wajib manjakan ketiga tiga. Kalau nak marah, marahlah ketiga tiga dengan adil. Tak nak lah yang sulung asyik kena marah je yang bongsu pula asyik kena sayang lebih. Kesian kat anak sulung tau. Tapi suami aku ni jenis yang susah sangat nak marah anak. Anak nakal macam mana pun suami aku tetap tersenyum riang. Sebaliknya aku yang kena marah sebab marahkan anak anak kesayangannya..stress okay!


Sekarang ni kalau nak pergi mana mana dan beli barang keperluan anak anak, aku dan suami akan pastikan anak sulung dan anak kedua dapat barang yang sama. Sebab tu kalau aku belikan baju atau apa sahaja untuk anak anak, aku suka belikan barang yang sama. Kalau tak dapat belikan sama warna dan design yang sama aku akan pastikan apa yang Daniael Mieqael dapat Dannish Riffqie pun wajib dapat sama. Tak nak dan tak mahu anak sulung je yang dapat lebih. Sedangkan anak kedua sekadar melihat dan memendam rasa..tak nak macam tu nanti aku pula yang bersedih hati sebab tak dapat berlaku adil pada anak anak.

Rayyan Ashraff takpelah masih kecil lagi dan masih tak faham apa apa lagi. Kalau Rayyan Ashraff dah mula faham dan dah pandai minta itu ini seperti abang abang dia terpaksalah aku dan suami pula berlaku adil padanya. Haih nasib baiklah kami takde anak perempuan. Kalaulah ada..aku tak tahulah boleh berlaku adil ke tak pada anak anak. Sebab anak perempuan ni lain sikit kot perangai dia. Entahlah malas nak fikir..hehehe.

Daniael Mieqael

Dannish Riffqie

 Rayyan Ashraff

Hari tu mak aku datang melawat cucu cucu kesayangan dia yang dah besar dan makin banyak akal ni. Bila Mak aku tengok anak anak dah pandai meminta minta, asyik bergaduh berebut mainan dan saling bersaing itu ini, Mak aku dah mula risau. Mak aku balik balik ingatkan aku dan pesan berkali kali jangan sesekali beza bezakan anak. Berlaku adillah pada anak anak. Sebab mak aku memang tak pernah bezakan kami antara adik beradik. Kasih sayang mak aku pada kami adik beradik hanya Allah saja yang tahu. Mak aku memang sentiasa sayangkan kami semua sama rata dan langsung tak pernah beza bezakan kami walaupun kadang kadang kami saling bersaing dapatkan perhatian. Alhamdulillah kami semua hidup aman damai..

Aku sangat berharap, aku dan suami akan sentiasa berlaku adil pada anak anak kami sampai bila bila. InsyaAllah aku akan cuba yang terbaik. Dan apa yang paling penting anak kami sama sama happy dengan keadilan itu barulah kehidupan kami sekeluarga sentiasa aman dan bahagia. InsyaAllah semuanya akan baik baik saja nanti..










Viewing all articles
Browse latest Browse all 257