Quantcast
Channel: supercutemummy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 257

Kerja

$
0
0


Assalamualaikum.. Helloooo semua!

Dah petang petang ni dapatlah update blog. Semua kerja dah settle.
Tunggu nak balik rumah je ni. Rinduuuuu sangat kat princess aku yang makin banyak akal tu.
Ohh yaa.. Aku tak pernah cerita lagi pasal baby princess aku dalam blog ni.
Nanti nantilah kalau ada masa aku cerita pasal princess kesayangan aku tu pula 😍

Jelesnya tengok semua orang cuti panjang minggu ni.
Cuti tahun baru cina 2 hari je tapi  ramai yang ambil kesempatan ambil cuti panjang.
Seronoknya tengok ada yang balik kampung jumpa family tersayang. Ada yang bawah family bercuti cuti sakan ada yang cuti kahwin dan ada yang cuti santai santai kat rumah dengan family tersayang tapiiiiiiiiiiiiiii AKUUU?! Kenapa aku bekerja haaaa????? 😩😩😩

Nak cuti sebenarnya. Nak sangat cuti hari ni.. Sebab suami dan anak anak aku semua cutiiii.. Tapi aku ada kerja yang perlu di siapkan hari ni. Hari ni juga mesti siap!
Nak tak nak terpaksa jugalah masuk kerja 😭

Nasib baiklah suami aku ada kat malaysia ni. Nasib baiklah suami aku cuti.
Suami ada ni bolehlah tolong jaga anak anak kat rumah. Kalau suami aku takde confirm semua anak anak aku angkut masuk ofis. Kalau angkut pula semua bersiap sedialah jadi harimau kat ofis 😡
Ya Allah tak boleh nak bayangkan kalau bawah semua.
Kerja aku cinfirm tak siap siap..huwaaaaaaaa! 😭

 Sebelum ni pernah je bawah. Anak anak aku okay je kat ofis sebenarnya. Cuma masalah aku kat baby princess yang makin lasak tu. Setakat ni tak pernah bawah dia masuk ofis lagi.
Alaaaaaaa rindulah kat diaaaa! rinduuu sangat!😘

Jumaat baru baru ni cuti. So dapatlah menikmati cuti selama 3 hari.
Cuti 3 hari pun macam tak cukup je. Anak anak pula banyak sangat permintaan.
Terutama sekali anak sulung aku Daniael Mieqael ajak pergi cuti cuti malaysia.
Alahailah anak. Sabarlah anak anak. Tunggulah masa yang sesuai, buat masa ni memang tak boleh pergi mana mana pun, rumah baru ni pun masih ada yang tak siap siap lagi.
Jadual kerja suami pula tak menentu. Setiap kali balik malaysia ada je kerja kerja lain yang kena buat. Kesian suami aku..

Okaylah, cukup setakat ini. Selamat bercuti semua. Jumpa lagi..babai





Viewing all articles
Browse latest Browse all 257