Quantcast
Channel: supercutemummy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 257

Kisah hari ini

$
0
0
Hi semua!


Tak sangka dah masuk tahun 2019. Cepat sungguh masa berlalu kan. Tahun ni pun aku rasa macam cepat je masa berlalu.. pejam jelik pejam jelik dah nak masuk bulan febuari..huhuhu

Tahun ni Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Anak anak semua dah berjaya masuk sekolah baru. Sekolah yang paling dekat dengan rumah baru dan paling dekat dengan tempat kerja aku. Baby Princess pun dah jumpa pengasuh baru. Syukur sangat sangat.

Rumah lama pun dah settle. Dan paling happy sekali kami satu family dah pindah rumah baru sepenuhnya!
Alhamdulillah..Alhamdulillah..😍😍😍



Bila dah pindah rumah baru ni, perasaan dia lain macam tau. Aku tak tau nak gambarkan macam mana tapi memang happy sangat sangat dapat pindah rumah baru. Rumah yang dah lama aku dan suami nanti nantikan. Bukan aku dan suami je yang happy tapi anak anak kami pun happy tak terkata. Setiap kali tanya anak anak rumah mana paling best, anak anak aku lajuuu je  menjerit sekuat hati rumah baru paling best sebab CANTIK!!! 😂😂😂.


Banyak nak cerita pasal rumah baru ni, tapi selalu tak cukup masa nak update blog. Setiap kali ada kelapangan aku dan suami bergilir gilir urus anak anak dan laju lajuuuuu kemas rumah. Kat rumah baru ni masih berkotak kotak lagi kami tak sempat buka dan kemas. Kami buka kotak yang perlu sahaja. Yang kami rasa macam tak penting sangat kami biar je dulu. Nak buka semua ada yang masuk hospital nanti. Haaaaa jangan cuba cuba cari pasal 😁😁

Takpelah buat perlahan lahan. Kemas sikit sikit. Dahulukan mana yang penting dulu. Yang tak penting tu settlekan tahun depan pun takpe..hehehe  😂😂😂

Rumah baru ni memang best! Berbeza sangat masa duduk rumah lama. Sepanjang masa stress. Bosan. Tak seronok. Ada je yang buat aku hot masa kat rumah lama 😏.

Tapiiiii kat rumah lama banyak kenangan indah aku dan suami. Terlalu banyak. Anak anak aku semua membesar di sana. Susah senang kami anak beranak di rumah lama Allah saja yang tau..

Alahai kalau teringat balik sedih juga sebenarnya. Biarlah malas nak fikir. Apa yang penting sekarang ni kami dah selamat berpindah dan insyaAllah di rumah baru ni lebih bahagia 😍😍😍










Viewing all articles
Browse latest Browse all 257