Assalamualaikum semua.
Bismillahirahmanirahim..dengan bangganya aku nak share sikit pasal bisnes online aku kat Instagram. Aku sebenarnya baru saja berjinak jinak dengan bisnes online ni.
Kalau korang tengah cari doorgift unik, comel dan murah murah untuk majlis majlis istimewa korang seperti majlis pertunangan, majlis perkahwinan, majlis aqiqah dan majlis apa sahaja yang korang nak buat yang akan memberi maanfaat kepada tuan rumah dan tetamu tetamu istimewa korang, boleh lah singgah ke Instagram bisnes online aku "CutieyCrafty" tu.
InsyaAllah ada yang sesuai untuk korang semua :)
Setakat ini bisnes online aku baru sebulan beroperasi dan aku start dengan menjual tasbih tasbih pearl, keychain tasbih, set tasbih + buku yassin dan set tasbih + buku doa doa harian secara kecil kecilan. Semuanya hasil tangan aku sendiri. Mula-mula risau juga nak buat bisnes online ni sebab takut tak menjadi.
Banyak risiko kena tanggung. Sebab bisnes online aku ni melibatkan modal sendiri. Dan terpaksa buat projek sorang sorang. Tapi hasil sokongan suami tercinta kami sepakat memulakan bisnes online ini tanpa was was..cewahh..hehehe
CutieyCrafty baru sebulan beroperasi, alhamdulilah sambutan sangat sangat menggalakkan sebab stok banyak yang terjual sudah..syukur sangat. Sekarang ni ramai sangat yang buat tempahan untuk tasbih tasbih comel ni sampai terkadang aku tak cukup tidur sebab nak siapkan semua mengikut jadual yang telah dipersetujui. Selain tak cukup tidur, terpaksa pula pergi poslaju untuk pos semua tempahan customer tersayang. Penat memang penat tapi serius aku gembira dengan bisnes online aku ni. Rasa nak menangis pun ada sebab macam tak percaya je bisnes tasbih aku menjadi..terima kasih ya Allah dan terima kasih pada semua yang sudi membeli..saya jual ye! heh.. :)
So kesayangan semua jangan lupa singgah instagram kita ye.
Kalau nak order pun boleh sebab tempahan masih dibuka.Terima kasih. Sayang korang semua :)