Assalamualaikum..
Dulu awal awal masuk U aku pernah minat seseorang. Setiap kali pergi kelas aku selalu berdoa agar terserempak dengan dia dan kami akan bertentang mata. Doa termakbul dan setiap hari aku memang akan terserempak dengan dia. Tapi sayang, sikit pun dia langsung tak nak pandang aku walaupun aku rasa hari itu aku kelihatan sangat cantik. Cuba nak tegur tapi aku berasa malu. Aku hanya mampu memerhatikan dia dari jauh sambil berangan angan nak jadikan dia kekasih hati kononnya. Kawan kawan sekelas memang sudah sedia maklum yang aku minat kat mamat sombong ni. Sebenarnya bukan aku sorang je yang minat kat dia, tapi hampir satu U memang gilakan dia. Malah dalam kelas aku pun ada tiga orang yang sentiasa memuji kehebatan mamat sombong ni.
Satu hari tu aku terlewat masuk kelas. Laju laju bersiap itu ini. Agak kelam kabut jugalah aku masuk kelas hari tu sebab ada kelas penting dan aku wajib hadir. Aku berjalan selaju mungkin dan langsung tak pandang kiri kanan. Dekat dekat nak sampai kelas tu tiba tiba ada orang tegur.
"Kau sudah mandi ka belum ni?" (Loghat sabah)
Teguran itu buat aku terkejut dan menoleh ke arah suara itu. Omaigod si mamat sombong rupanya! Kataku dalam hati. Teguran itu aku biarkan berlalu. Aku hanya tersenyum. Senyum semanis manisnya. Tapi si Mamat sombong tu tak balas pun senyuman aku. Cis sombong nak mampus!
Petang tu aku dan kawan sebilik denganku balik lewat. Kononnya nak siapkan kerja dalam kelas. Malas nak bawa balik kerja tu, kang tertidur tak sempat pula nak siapkan. Mamat sombong lalu depan kelas. Aku macam orang gila tersenyum senyum syiok sendiri perhatikan dia berlalu. Benci!
Kerja dah siap. Aku dan sahabat baikku terus balik. Sebelum balik tu kami singgah beli makanan siap siap dan laju laju balik. Seperti biasa aku terserempak lagi dengan mamat sombong itu. Kali ini dia tersenyum. Omaigod comelnya dia senyum! Tapi senyuman itu bukan untuk aku. Tapi untuk sahabat baikku. Benci sekali lagi!
SELEPAS 16 TAHUN BERLALU..
Aku dah ada kehidupan baru yang lebih membahagiakan. Langsung tak ingat dah si mamat sombong itu. Satu hari sedang aku berjalan jalan sendirian tiba tiba mamat sombong yang selama ini sia sia kan aku muncul depan mata dan terhegeh hegeh kata "hai". Tapi entah kali ini aku langsung takde perasaan apa apa lagi kat mamat sombong ni. Nak kata gembira jumpa dia, memang taklah! Nak kata rindu kat mamat sombong ni lagilah tak! Nak kata masih ada perasaan suka kat mamat sombong ni lagilah tidaaakkkkkk!!!
Dulu masa aku minat kau bagai nak rak sikit pun kau tak nak senyum kat aku malah langsung tak nak pandang wajah ayu aku ni. Mentang mentanglah dulu aku kurus kering, kulit gelap, pendek, dan tak secantik sekarang..chewahh pandang sebelah mata pun kau tak ingin kan. Cukuplah aku pernah terluka dengan sikap sombongmu itu. Sekarang kau sibuk sibuk nak hai hai kat aku. Aku pula dengan bangganya kata "hoi!.. hoi!.."..hahahaha nasib kaulah. Maaf aku dah ada insan sempurna yang tak mungkin ada gantinya dan sanggup terima aku seadanya. Dia adalah anugerah terindah dalam hidupku. Hanya dia yang aku inginkan dalam hidup ini. Dan hanya dia yang layak untuk aku cintai dan sayangi sepanjang hidupku. Dan kau silalah blaaaaa! (Haaaa marah sangat ni!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Entri akan bersambung lagi..Maaf saja bagi korang PANAS..hehehehe. Okay babai!