Assalamualaikum.
Ahad baru baru ni suami ajak kami anak beranak ke taman permainan yang berdekatan dengan kawasan rumah kami. Lama tak datang sini. Kali terakhir datang masa aku tengah mengandungkan anak ketiga aku. Sekarang Rayyan Ashraff dah pun setahun lebih. Bayangkan kira setahun lebih jugalah aku tak datang sini. Anak anak lagilah kesian lama tak bermain kat luar asyik terkurung je dalam rumah. Bila suami tiba tiba ajak keluar petang tu aku dan anak anak punyalah seronok. Terus bertambah tambah sayang pada suami HAHAHA!
Kami sampai sini jam 5.30 petang. Cuaca nampak okay dan ramai jugalah family lain dah sampai dulu sebelum kami. Masing masing sibuk melayan anak anak bermain. Kami sampai sampai je anak anak dah mula berlari sana sini. Seronok sangat agaknya. Aktiviti pertama kami petang tu bermain bola. Suami ajak ke sini pun sebab nak ajar anak anak bermain bola katanya. Suami aku ni memang peminat tegar bola sepak dan kalau boleh dia nak anak anak dia pun punya minat yang sama. Mujurlah Rayyan Ashraff dah pandai berjalan dan berlari. Senanglah sikit kerja Mummy nak ambil gambar..hehehehe. Seronok tengok suami dan anak anak bermain bola. Comel je.
Setiap kali datang ke taman permainan ni kami wajib bawa tikar sekali. Senang sikit nak bagi anak anak berehat setelah puas dan penat bermain. Air masak dan biskut aku dah sediakan awal awal sebelum keluar rumah tadi. Anak anak aku ni kalau dah kepenatan bermain pasti akan kelaparan. Sambil bersantai santai makan biskut dengan anak anak kami seronok perhatikan keluarga lain bermain. Rata rata yang datang ke sini semuanya datang dengan family.
Dah puas bermain bola aku dan suami bawa anak anak bermain kat playground pula yang tak jauh dari tempat kami bermain bola tadi. Anak anak aku nampak je playground ni terus melompat lompat keriangan dan tak sabar sabar semua nak bermain termasuklah aku sebenarnya..hehehehe.
Daniael Mieqael ni jenis berani tau. Semua jenis mainan yang agak mencabar sikit dia akan cuba nak naik dan main tanpa ada perasaan takut takut. Tapi Dannish Riffqie agak penakut sikit. Kalau dia tak cuba sekali memang dia takkan main punya. Puas pujuk pujuk dia naik buaian ni tapi Dannish Riffqie tetap tak nak. Takut katanyaaaa. Kesianlah.
Suka tengok gambar ni comel je suami layan anak anak.
Hehehe. Terkenang zaman kanak kanak dulu selalu je main buaian ni.
Sekali naik terus rasa tak nak berhenti pula..hahahaaha.
Sabar je budak comel tu tunggu turn dia nak main..heh!
Aku dan suami dah plan lepas ni kalau suami tak outstation dan keadaan cuaca baik bolehlah datang ke sini lagi dengan anak anak. Seronok sebenarnya dapat luangkan masa macam ni dengan anak anak. Anak anak akan dapat rasa masa yang berkualiti dihabiskan bersama sama kita kerana hari hari biasa kita kan sibuk bekerja dan tiada masa untuk mereka. Selain boleh mengeluarkan peluh yang sihat, aktiviti seperti ini boleh mengeratkan silaturahim sesama keluarga. InsyaAllah mungkin kami akan lebih kerap bawa anak anak ke tempat tempat seperti ini lagi. Okay babai dan jumpa lagi di entri akan datang :)